Nama Pengguna Kata Laluan Ingat Katalaluan

Kawasan Berhutan
Tanah yang meliputi kawasan melebihi 0.5 hektar dengan mempunyai pokok-pokok berketinggian melebihi 5 meter dan litupan kanopi/silara melebihi 10%, atau pokok-pokok yang mampu mencapai had-had di atas secara ‘in-situ’. Tidak termasuk tanah yang didominasi di bawah kegunaan pertanian atau perbandaran.

Hutan Simpanan Kekal
Mana-mana tanah (tanah berhutan dan tidak berhutan) yang diwartakan atau disifatkan telah dijadikan sebagai HSK untuk tujuan perhutanan di bawah seksyen 7, 8 dan 9 Akta Perhutanan Negara 1984. Kawasan tersebut ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) dan semua hasil hutan dalam kawasan ini adalah milik Kerajaan Negeri. Di bawah seksyen 10 (1) Akta yang sama,HSK dikelaskan kepada dua (2) kategori yang utama iaitu (i) hutan pengeluaran dan (ii) hutan perlindungan.

Hutan Darat
Hutan Darat merupakan kawasan hutan yang bentuk muka buminya berbukit dan beralun-alun yang tingginya sehingga 1000 meter dari paras laut

Hutan Paya Gambut
Hutan ini terbentuk di atas tanah gambut yang mempunyai kedalaman lebih kurang 6m yang berair dan berasid. Hutan ini terletak di belakang garisan pantai. Antara spesies yang biasa terdapat ialah seperti Kempas, Bintangor, Meranti paya, Ramin, Nyatoh, Geronggang dan Resak.

Hutan Paya Laut
Satu ekosistem hutan yang toleran terhadap air masin di kawasan air pasang surut di sepanjang pantai tertentu (Hamilton & Snedaker 1984). Hutan Paya Laut merupakan ekosistem yang terbentuk daripada saling tindakan antara unsur fizikal dan biologi yang telah lama terubahsuai untuk kemandirian tepi pantai yang berfungsi sebagai benteng kepada kesan ombak bagi mengawal hakisan pantai dan menapis bahan-bahan pencemaran.

Ladang Hutan
Kawasan yang ditanam dengan pokok atau tumbuh-tumbuhan hutan sama ada dari spesies tempatan atau dagang dengan kaedah tanaman secara terbuka yang luasnya tidak kurang dari 50 ha. Ia merangkumi kawasan yang terletak di dalam atau di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK)

Sumber: JPSM

Keluasan Kawasan Berhutan dan Tidak Berhutan Di Semenanjung Malaysia
(Juta Hektar)

Tahun
Keluasan
Berhutan
Tidak Berhutan
HSK
Bukan HSK
Peratus
Luas
Peratus
2006
13.18
4.73
1.17
44.76
7.28
55.24
2007
13.18
4.70
1.14
44.31
7.34
55.69
2008
13.18
4.81
1.04
44.39
7.33
55.61
2009
13.18
4.92
0.98
44.76
7.28
55.24
2011
-
4.68
-
-
-
-
Sumber Data:JPSM
Keterangan :
HSK : Hutan Simpanan Kekal

Tarikh Kemaskini : 9 September 2013

Keluasan Hutan Simpanan Kekal Di Semenanjung Malaysia
(Juta Hektar)

Tahun Hutan Asli Ladang Hutan Hutan Simpanan Kekal
Darat Paya Gambut Paya Laut Jumlah
2006
4.35
0.20
0.10
4.65
0.08
4.73
2007
4.25
0.24
0.10
4.59
0.10
4.70
2008
4.36
0.24
0.10
4.70
0.11
4.81
2009
4.47
0.24
0.10
4.81
0.11
4.92
2011
4.35
0.25
0.08
4.68
-
4.68
Sumber Data:JPSM

Tarikh Kemaskini : 9 September 2013